Bagaimana Membuat Duit Di Internet?
Ramai yang mendengar bahawa Internet kini boleh di jadikan sumber untuk mencari
pendapatan tetapi tidak mengetahui bagaimana?
Walaupun ada yang sinis tentang perniagaan internet ini, mungkin atas faktor
kurang yakin, pemahaman IT yang cetek, fobia mendengar penipuan scam internet
dan pelaburan skim internet haram yg keterlaluan, dan atas apa juga alasan
mereka TAPI realitinya memang TerBUKTI ramai rakyat Malaysia dah berjaya menjana
pendapatan lumayan menerusi media pemasaran Internet. Mereka-mereka ini
bijak mengeksploitasi kehebatan media Internet ini sebagai platform memasarkan
produk kepakaran mereka pada pengguna.
Yang membanggakan kebanyakkan mereka yang berjaya ini masih muda seperti jutawan
muda Irfan Khairi, jutawan Patrick Chan pemuda dari Penang yg cukup dikenali di
peringkat antarabangsa, Zamri Nayan, Alang, Kidino, Gobala, Vince Tan dan ramai lagi
untuk di senaraikan. Tidakkah ini menunjukkan bahawa perniagaan Internet memang
menjanjikan pulangan yang amat lumayan pada sesiapa yang betul-betul rajin
berusaha serta mempunyai daya komitmen yang tinggi dengan di serta fokus
yang jitu. Mereka ini nampak yang Internet adalah lubuk wang bagi mereka tetapi
malangnya kebanyakkan kita tak nampak. Yang kita nampak asyik nak menyalahkan
ini dan itu tanpa menyedari kelemahan diri dan cepat melengting apabila di tegur
Perlu di akui tiada istilah cepat kaya dalam perniagaan internet. Tanyalah pada
usahawan-usahawan internet yang berjaya tadi, pasti mereka mengakui bahawa
pada mula penglibatan mereka sudah tentu banyak cabaran dan halangan terpaksa di
tempuhi namun kalau dah kita bertekad untuk berjuang jangan sekali-kali kita
berundur dan istilah berputus asa tiada di dalam kamus. Teruskan berjuang
berjuang berjuang sehingga insyallah berjaya satu hari nanti.
Untuk kita membuat duit di internet kenalah mencari ilmu kerana tanpanya sudah
pasti kita akan kecewa mencapai matlamatnya. Mahu tak mahu kita terpaksa merujuk
pada mereka yang dah terbukti berjaya kerana mereka akan berkongsi pengalaman
pahit manis mereka dalam memulakan perniagaan internet ini dan akan mencurahkan
ilmu mereka secara lengkap langkah demi langkah apa yang patut dan apa yang
perlu di elakkan untuk berjaya dalam perniagaan internet. Dengan ini kita tidak
perlu melalui segala kesilapan yang telah mereka lakukan , maka sudah tentu kita
dapat menjimatkan masa dan juga wang dalam proses kita membina perniagaan
internet.
.
Sebenarnya ada banyak alternatif menjana income di internet. Ada kata
senang dan ada kata susah. Perpektif berbeza ini mungkin bergantung pada
bagaimana kita mempromosi , penggunaan strategi dan teknik yang berkesan dalam
pemasaran produk masing-masing. Jadi sekali lagi ilmu memainkan peranan yang
penting dalam hal ini. Siapa cekap dia berjaya.
Berikut adalah pelbagai cara kita boleh membuat duit di Internet :
-
Jual produk sendiri ( produk
digital - ebook, software, ecover, produk kesihatan , pakaian, menawarkan
perkhidmatan , dll)
-
Letak kod adsense di web sendiri(
pengguna klik iklan, kita dapat duit) - Kena mohon akaun google dulu
-
Jadi rakan affiliate - mempromosi
produk orang lain ( mendapat upah komisen)
-
Jual Produk digital PLR/MRR - di
beri hak menjual semula
-
Urusniaga Forex ( jual beli
tukaran matawang - 1pip = US10 - akaun standard, kalau untuk 10pips/sehari =
US100=RM330/sehari , sebulan?
-
Blogging (semua di atas)
-
Promosi produk MLM - boleh bina
rangkaian secara online tak perlu jumpa dan bercakap
-
SMS mobile-income
-
Freelance - upah menulis , buat
web program
-
dan banyak lagi...
|